Sunday, 12 February 2012

Sahabat Sejati

Assalamualaikum......Hello everyone!!!
           
Sahabat?? Apa yang anda faham tentang sahabat... Adakah anda mempunyai sahabat sejati or sahabat yang paling anda sayang?? Sahabat sejati ialah sahabat apabila kita menaangis kita menangis bersama-sama dan apabila kita bersedih dia yang akan menggembirakan kita... Walaupun sahabat kita always marah tetapi bagi saya itu masih dianggap sahabat sejati.. Sahabat yang sebegitu menginginkan kita untuk memberi perhatian agar kita sama memahami.. Gaduh sekalipun dengan sahabat, saya pasti..dia masih sayangkan kita dan masih perlukan kita.. Di sini saya ingin ceritakan tentang sahabat yang paling saya rapat dan ikutilah kisahnya...

       Saya ada seorang sahabat yang paling saya rapat yang sentiasa menjadi pendengar ketika saya ada masalah... Saya mula kenal dengan dia ketika kami sekolah rendah dan sampailah sekarang.. Walaupun kami selalu bergaduh tetapi kami akan bebaik semula kerana di antara kami mempunyai keserasian... Pelbagai pengalaman and peristiwa yang pernah saya alami sepanjang saya berkawan dengan dia selama 11 tahun... Saya mulakan dengan kisah sedih saya bersama dengan dia... Beberapa tahun lepas, kami gaduh dan dia minta putuskan kawan tapi disebabkan kami sayang antara satu sama lain, akhirnya kami selesaikan dengan baik,dan sejak daripada peristiwa itu saya dapat rasakan sahabat sejati walaupun ada pelbagai dugaan yang menimpa kita dia  tetap sahabat kita...Dia akan cuba berbaik dengan kita semula... 
      
      Seterusnya, saya ceritakan kisah gembira atau kisah lucu saya bersama dengan dia... Pada hujung minggu, saya dan dia selalu keluar berjalan bersama-sama, kami selalu shoping di "times square".. Bila sudah sampai di shoping mall itu,saya naik ekeslator lepas itu saya terjatuh atas ekeslator dan dia cuba untuk mengangkat saya... Selepas kejadian itu, baru kami faham apa yang dimaksudkan dengan sahabat sejati.. Apabila kesusahan sahabat yang akan menolong kita..


       Saya ingin ceritakan tentang saya dan dia... Sekarang saya belajar di perlis sementara dia belajar di sabak bernam.. Walaupun dulu kami sentiasa bersama dan melalui pelbagai peristiwa bersama tetapi sekarang tidak semanis dulu.. Sekarang kami sibuk dengan laluan hidup masing-masing.. Walaupun kami sibuk tetapi kami still contact dan ceritakan masalah yang kami hadapi... Dialah yang paling saya sayang... Saya berharap dia akan jadi sahabat saya di dunia dan akhirat... Inilah yang dapat saya coretkan... Sekian terimalah baris-baris ayat ini untukmu "sahabat"

                            "Dialah yang paling penyayang,
                              Dialah yang setia,
                              Dia ialah Nur Farhana bt Azhar
                              Sahabat yang paling aku sayangi"

                                          TERIMA KASIH SAHABAT SEJATIKU.....

No comments:

Post a Comment