Saturday, 11 February 2012

KeNanGaNkU Di PLKN

Tanggal 16 Mei 2011 sehingga 30 Julai 2011 merupakan detik yang penuh bermakna bagi saya...kerana pada tarikh tersebut saya telah mengikuti Program Latihan khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN PDS Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan...Pada hari pertama saya dan pelatih-pelatih PLKN yang lain yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, perlu berkumpul di Park & Ride Putrajaya untuk sesi pendaftaran...Pada masa itu, abah, mak, adik-adik, nenek, dan mak iti turut serta menghantar saya pada masa itu...Perasaan saya sangat sedih kerana saya akan meninggalkan keluarga selama 3 bulan...Almaklumlah, ini merupakan kali pertama saya akan berjauhan dengan keluarga hihihi...



 Kemudian, sampai sahaja saya di Kem PLKN PDS Resort...Perasaan saya bercampur baur..ada sedih, gembira, takut dan macam-macam lagi...Saya memikirkan apa yang akan berlaku selama 3 bulan saya di PLKN nanti..Suasana di kem tersebut sangat cantik dan menyamankan...dihadapan Kem tersebut terdapat pantai yang yang sangat cantik...dan dikelilingi pokok-pokok yang sangat indah...selepas itu, saya diberi bilik atau dikenali sebagai dorm..dan saya dapat dorm Gemas 3...selepas saja saya masuk ke dalam dorm dan meletakkan semua barang-barang yang saya bawa  dari rumah, saya dan para pelatih yang lain diminta untuk ke bilik stor untuk mengambil kelengkapan pakaian yg akan digunakan sepanjang 3 bulan saya berada di sana...seperti kasut but, kasut sukan, kasut kelas, pakaian loreng, beret, tali pinggang, stokin,tudung dan lain-lain lagi...
                                                           Pakaian FULL LORENG
Di setiap Program Latihan PLKN ini, terbahagi kepada 4 kumpulan...antaranya ALPHA, BRAVO, CHARLIE, dan DELTA...Saya pula terpilih dalam kumpulan "CHARLIE"...Pertama kali saya dapat kumpulan ini saya saya rasa seronok...kerana nama CHARLIE ini sangat unik dan comel..hihihi...Malah, saya sangat bersyukur kerana nama CHARLIE yang saya katakan sangat unik ini memang betul-betul unik...kerana semua Wira dan Wirawati CHARLIE dalam kumpulan ini sangat-sangat sporting dn kelakar...dan dalam kumpulan CHARLIE juga terdapat beberapa nama yang pelik-pelik seprti Panjang...Popoi...Apek dan macam-macam lagi...Malah, ahli kumpulan CHARLIE lebih ramai daripada kumpulan yang lain-lain...
                                                         Keluarga Besar CHARLIE

Di PLKN juga saya telah bertemu 5 orang rakan yang paling saya sayangi...antaranya Aj, Farah, Aima, Hidayah, dan Syiera...mereka juga merupakan roommate saya dalm "Dorm Gemas 3"...Sepanjang di PLKN, kami berenam boleh dikatakan seperti Belangkas..kerana kemana saja kami berenam pergi, pasti kami akan bersama-sama...tidak kira sama ada makan, solat, menjalankan aktiviti dan lain-lain lagi...Namun, selepas 30 Julai 2011 sampai ke hari ini, kami tidak lagi berkesempatan untuk bertemu...sebabnya kami tinggal di jarak yang jauh..seperti 2 orang di Melaka, 3 orang di Negeri Sembilan dan saya seorang tinggal di Selangoor...Saya amat merindui mereka..mudah-mudahan suatu hari nanti dapatlah saya bertemu dengan mereka...huhuhuhu...

                                                         Sahabat Selama-lamanya
Hurmm...berbalik kepada cerita gembira di kem PLKN ini...Saya berasa teramat seronok sepanjang menjadi pelatih atau wirawati di PLKN...kerana saya dapat memperoleh banyak manfaat dan pengalaman baru dan banyak kenangan manis...contohnya, saya dapat mengikuti aktiviti lasak seperti berkayak, berakit, tali tinggi, panjat tembok tinggi, tali tinggi(flying fox), berlari berhalangan dan macam-macam lagi...Bagi saya, terlalu banyak kenangan manis di PLKN berbanding kenangan pahit..di PLKN juga saya dapat mengikuti aktiviti luar seperti gotong royong di Pantai Port Dickson, dan di kampun-kampung...dan kenangan yang paling manis bagi saya adalah saya dapat jejakkan kaki saya di Lapang Sasar..iaitu tempat menjalankan aktiviti menembak..dan saya juga berasa seronok kerana di PLKN saya diberi peluang untuk memegang senjata M16 dan menembak dengan menggunakan senjata tersebut..pertama kali saya peganng senjata itu saya rasa berdebar..dan senjata M16 itu sangat berat...sewaktu saya menembak, bunyinya sangat kuat walaupun saya memakai tempat tutup telinga..dan selepas saja saya selesai menembak..pipi saya sakit sangat..dan keesokannya saya dapati pipi saya lebam akibat senjata M16 itu..huhuhu...dan paling tidak boleh lupa apabila saya memasuki pertandingan kawat antara kumpulan..perasaan saya berdebar kerana saya akan berkawat dihadapan ketua kem PLKN PDS Resort...namun, alhamdulillah, walaupun kumpulan CHARLIE tidak dapat tempat pertama..saya bersyukur kami dapat tempat ketiga..alhamdulillah!!!

                                                         CHARLIE GAMBATE !!!!
                                                            SI RAJA SENGAT !!!
Jurulati-jurulatih di kem PDS Resort juga sangat sporting dan baik...mereka sangat mengambil berat tentang peletih-pelatih di kem terutama berkaitan dengan kesihatan...makcik-makcik di kantin juga baik-baik semuanya...mereka juga memasak makanan yang boleh membuatkan pelatih-pelatih PLKN berselera untuk makan hihihi...dan tempat yang paling para pelatih suka pergi..MEDIK!!!...sebab apa? sebabnya, kalau para pelatih sakit, kemudian mereka pergi ke medik dan medical assistant di situ akan memberi cuti sakit kepada mereka...so, mereka akan  dikecualikan daripada mengikuti aktiviti di kem..(termasuk saya sekali hihihihi..) Kesimpulannya, menjadi pelatih PLKN sangat seronok..kita bukan sahaja dapat bertemu dengan ramai kawan dari negeri lain..tetapi kita dapat belajar untuk mendisiplinkan diri kite dan sikap kerjasama antara kumpulan..Dan saya amat bersyukur kepada Allah SWT..kerana telah memilih saya salah seorang daripada WIRAWATI PLKN 2011 di Kem PLKN PDS Resort..!!!




                                     Kenangan Di PLKN akan Saya ingat sampai bila-bila...!!!!




       


1 comment:

  1. Have fun tk kat sana ? First day boleh bawak phone ke ?

    ReplyDelete