ANIEFIERA BLOG
OK JEW..!!!!!!
Sunday, 12 February 2012
KENANGAN BERSAMANYA
ASSALAMMUALAIKUM..
Kucing adalah seekor binatang yang tidak boleh berbicara dengan manusia tetapi
dia boleh mendengar apa yang diperkata oleh manusia.tapi tidak semua tahu bahawa perkara itu adalah benar.
Kau bernyawa,kau mempunyai hati dan perasaan tetapi kau tiada akal untuk menilai kebaikan mahupun keburukan.
Kisah bermula ketika aku sedar dari tidurku.Aku membuka jendela.Disaat aku membuka jendela dirumahku, aku kedegaran suara seekor kucing yang mengeow seperti dalam keadaan kelaparan.Lantas itu aku melangkah keluar dari rumah ku,untuk mencari datangnya suara kucing itu.Lalu aku terlihat seekor kucing dibawah pohon yang rendang ditepi rumahku.Aku terus berlari untuk mendapatkannya.Aku terus mengambilnya dan membawa pulang kerumah untuk diberi makan serta dimandikan.Dari saat itu,aku mula menyukai serta menyayanginya.Setiap hari aku membelai tubuhnya yang berwarna keperangan dengan belaian yang penuh dengan kasih sayang.Itu pertama kali aku mempunyai binatang kesayangan yang digelar sebagai 'si comel'.
'Si comel' kelihatan gembira sejak aku membawa pulangnya ke rumah ku.Tetapi aku mempunyai kesukaran untuk menjaganya kerana ayah ku tidak menyukai kucing.Dan aku selalu menentang keputusan ayah untuk membuangnya kerana aku ingin terus menjaganya.Hari-hari aku selalu mengawasi si comel agar si comel dapat terus bersamaku.Hari yang dilalui oleh aku setiasa bersama dengan si comel.
Pengalaman aku bersama si comel adalah amat bermakna.Apabila tiap-tiap petang aku selalu bermain dengannya diluar rumah dan membawanya bersiar-siar disekitar rumahku.Selepas si comel penat bermain,aku akan memberinya makanan dan minuman.Si comel tidak pernah memilih
makanan yang selalu aku beri kepadanya.Si comel amat megemarkan ikan goreng yang dimasak oleh ibuku.Walaupun si comel ada ragamnya tapi itu yang membuatkan aku bertambah menyayanginya.
Hatiku gembira apabila si comel meningkat dewasa dan semakin membesar dengan sihatnya.Malangnya kegembiraan aku bersama si comel tidak berpanjangan apabila aku menemui si comel dalam keadaan yang mengerikan ditepi jalan.Aku hanya mampu menangis dan membawa pulangnya untuk ditanam.'SI COMEL' telah meninggalkan ku buat selamanya.Sampai saat ini aku tidak pernah lupa akan si comel.
Kisah antara kita tidak pernah aku lupa,
semoga kisah kita akan tersemat dihati buat selamanya..
Kau pergi buat selamanya....
18\3\2011
Sahabat Sejati
Assalamualaikum......Hello everyone!!!
Sahabat?? Apa yang anda faham tentang sahabat... Adakah anda mempunyai sahabat sejati or sahabat yang paling anda sayang?? Sahabat sejati ialah sahabat apabila kita menaangis kita menangis bersama-sama dan apabila kita bersedih dia yang akan menggembirakan kita... Walaupun sahabat kita always marah tetapi bagi saya itu masih dianggap sahabat sejati.. Sahabat yang sebegitu menginginkan kita untuk memberi perhatian agar kita sama memahami.. Gaduh sekalipun dengan sahabat, saya pasti..dia masih sayangkan kita dan masih perlukan kita.. Di sini saya ingin ceritakan tentang sahabat yang paling saya rapat dan ikutilah kisahnya...
Saya ada seorang sahabat yang paling saya rapat yang sentiasa menjadi pendengar ketika saya ada masalah... Saya mula kenal dengan dia ketika kami sekolah rendah dan sampailah sekarang.. Walaupun kami selalu bergaduh tetapi kami akan bebaik semula kerana di antara kami mempunyai keserasian... Pelbagai pengalaman and peristiwa yang pernah saya alami sepanjang saya berkawan dengan dia selama 11 tahun... Saya mulakan dengan kisah sedih saya bersama dengan dia... Beberapa tahun lepas, kami gaduh dan dia minta putuskan kawan tapi disebabkan kami sayang antara satu sama lain, akhirnya kami selesaikan dengan baik,dan sejak daripada peristiwa itu saya dapat rasakan sahabat sejati walaupun ada pelbagai dugaan yang menimpa kita dia tetap sahabat kita...Dia akan cuba berbaik dengan kita semula...
Seterusnya, saya ceritakan kisah gembira atau kisah lucu saya bersama dengan dia... Pada hujung minggu, saya dan dia selalu keluar berjalan bersama-sama, kami selalu shoping di "times square".. Bila sudah sampai di shoping mall itu,saya naik ekeslator lepas itu saya terjatuh atas ekeslator dan dia cuba untuk mengangkat saya... Selepas kejadian itu, baru kami faham apa yang dimaksudkan dengan sahabat sejati.. Apabila kesusahan sahabat yang akan menolong kita..
Saya ingin ceritakan tentang saya dan dia... Sekarang saya belajar di perlis sementara dia belajar di sabak bernam.. Walaupun dulu kami sentiasa bersama dan melalui pelbagai peristiwa bersama tetapi sekarang tidak semanis dulu.. Sekarang kami sibuk dengan laluan hidup masing-masing.. Walaupun kami sibuk tetapi kami still contact dan ceritakan masalah yang kami hadapi... Dialah yang paling saya sayang... Saya berharap dia akan jadi sahabat saya di dunia dan akhirat... Inilah yang dapat saya coretkan... Sekian terimalah baris-baris ayat ini untukmu "sahabat"
"Dialah yang paling penyayang,
Dialah yang setia,
Dia ialah Nur Farhana bt Azhar
Sahabat yang paling aku sayangi"
TERIMA KASIH SAHABAT SEJATIKU.....

Saturday, 11 February 2012
ADIK KU NUR AFIQAH DANISHA
Pada tanggal 19.12.2006 lahirnya seorang adik perempuan yang diberi nama Nur Afiqah Bt Abdul Talib..Sungguh indah nama yang diberi..Gelaran yang diberikan oleh family saya ialah 'BABY'..Saya Nur Aida Bt Abdul Talib kakak sulung dalam keluarga saya..Ketika dia dilahirkan saya yang mengurus segala aktiviti seperti mana ibu saya menguruskan keluarga..Pada ketika itu,saya baru sahaja berusia 14 tahun seperti mana rakan yang lain apabila balik sekolah mungkin ada sesetengah sahaja yang menolong ibunya di dapur...Seperti saya apabila balik sekolah tugas pertama saya adalah memasak untuk ibu saya yang tersayang...Makanannya tidak susah mana kerana ibu melahirkan baby secara operation...Memandangkan usia ibu saya telah mencecah 39 tahun maka dia membuat keputusan untuk tidak mengandung lagi..Pada ketika itu juga ibu saya sakit sangat kerana operation..So makanannya adalah tidak berminyak..Selepas itu,saya memandikan baby walaupun usianya baru beberapa hari...
Pada ketika usianya 5 tahun baby pandai memilih barang kehendak sendiri seperti pakaian,mainan,makanannya...Biasalah budak-budak semua nak apa sahaja yang ada di television..Apabila di ajak keluar ke shoping complex first yang dia akan suruh saya pergi ke tempat kesukaannya adalah kedai 'TOYS CITY'...Mula la pilih bear kesukaannya iaitu 'POOH & SMURF' dan aksesori perempuan seperti getah rambut,cekak,gelang dan sebagainya tetapi dia akan pilih barang yang berjenama seperti 'PRINCESS,BARBIES,MINIE MOUSE'.....Kecil-kecil lagi sudah pandai memilih barang...Pakaian pula semua nak yang mahal-mahal biasa lah dia berangan nak jadi 'PRINCESS' apabila besar nanti...
Comel kan gambar diatas..Gambar saya dan baby..Macam kembar pula ..Ketika gambar ini diambil dia sudah pandai bergaya dihadapan camera.. Pakaian yang baby pakai adalah pakaian yang saya belikan ketika hari raya..Sweet sangat..Dia pun suka apa sahaja yang saya belikan...Family saya pun tidak kisah apabila saya bawa baby keluar kemana-mana sahaja...
Smiles Always yang baby send 'MMS' kepada saya apabila saya sudah belajar ke politeknik..Sungguh lucu gayanya membuatkan saya rindu yang teramat padanya...Baby sentiasa membuatkan saya tersenyum seorang diri apabila melihat gambarnya...Tetapi dia juga membuatkan saya sedih kerana berjauhan dengan dia..Adik kesayangan ku Nur Afiqah Danisha,akak sungguh menyayangi baby....MISS U SO MUCH!!
Gambar diatas adalah ketika saya pulang raya cina pada bulan lepas..Pada ketika itu,saya mendapat berita daripada ibu saya yang menyatakan bahawa baby demam panas..Apabila saya sampai dirumah dia memeluk saya dengan erat sekali...Saya sungguh terharu sekali kerana adik yang saya sayangi mengingati saya walaupun saya berjauhan dengannya...Beberapa minit kemudian dia mula sembuh dan demamnya yang panas tadi mula surut...Alhamdulillah...Pada malam tersebut dia menyuruh saya mengambil gambarnya dengan 'CROWN & SMURF 'yang saya belikan.....sungguh terharu saya dibuatnya...
Pooh yang saya belikan dia jaga dengan baik sekali...Dia akan bawa kemana-mana sahaja yang dia pergi...sungguh terharu saya dibuatnya....Comelkan gambarnya.....geram saya dibuatnya....Saya harap baby akan ingat jasa saya sampai dia dewasa nanti...I MISS U SO MUCH MY BABY........
Created by: Nur Aida Bt Abdul Talib...(n_n)
KeNanGaNkU Di PLKN
Tanggal 16 Mei 2011 sehingga 30 Julai 2011 merupakan detik yang penuh bermakna bagi saya...kerana pada tarikh tersebut saya telah mengikuti Program Latihan khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN PDS Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan...Pada hari pertama saya dan pelatih-pelatih PLKN yang lain yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, perlu berkumpul di Park & Ride Putrajaya untuk sesi pendaftaran...Pada masa itu, abah, mak, adik-adik, nenek, dan mak iti turut serta menghantar saya pada masa itu...Perasaan saya sangat sedih kerana saya akan meninggalkan keluarga selama 3 bulan...Almaklumlah, ini merupakan kali pertama saya akan berjauhan dengan keluarga hihihi...
Di setiap Program Latihan PLKN ini, terbahagi kepada 4 kumpulan...antaranya ALPHA, BRAVO, CHARLIE, dan DELTA...Saya pula terpilih dalam kumpulan "CHARLIE"...Pertama kali saya dapat kumpulan ini saya saya rasa seronok...kerana nama CHARLIE ini sangat unik dan comel..hihihi...Malah, saya sangat bersyukur kerana nama CHARLIE yang saya katakan sangat unik ini memang betul-betul unik...kerana semua Wira dan Wirawati CHARLIE dalam kumpulan ini sangat-sangat sporting dn kelakar...dan dalam kumpulan CHARLIE juga terdapat beberapa nama yang pelik-pelik seprti Panjang...Popoi...Apek dan macam-macam lagi...Malah, ahli kumpulan CHARLIE lebih ramai daripada kumpulan yang lain-lain...
Keluarga Besar CHARLIE
Di PLKN juga saya telah bertemu 5 orang rakan yang paling saya sayangi...antaranya Aj, Farah, Aima, Hidayah, dan Syiera...mereka juga merupakan roommate saya dalm "Dorm Gemas 3"...Sepanjang di PLKN, kami berenam boleh dikatakan seperti Belangkas..kerana kemana saja kami berenam pergi, pasti kami akan bersama-sama...tidak kira sama ada makan, solat, menjalankan aktiviti dan lain-lain lagi...Namun, selepas 30 Julai 2011 sampai ke hari ini, kami tidak lagi berkesempatan untuk bertemu...sebabnya kami tinggal di jarak yang jauh..seperti 2 orang di Melaka, 3 orang di Negeri Sembilan dan saya seorang tinggal di Selangoor...Saya amat merindui mereka..mudah-mudahan suatu hari nanti dapatlah saya bertemu dengan mereka...huhuhuhu...
Sahabat Selama-lamanya
Hurmm...berbalik kepada cerita gembira di kem PLKN ini...Saya berasa teramat seronok sepanjang menjadi pelatih atau wirawati di PLKN...kerana saya dapat memperoleh banyak manfaat dan pengalaman baru dan banyak kenangan manis...contohnya, saya dapat mengikuti aktiviti lasak seperti berkayak, berakit, tali tinggi, panjat tembok tinggi, tali tinggi(flying fox), berlari berhalangan dan macam-macam lagi...Bagi saya, terlalu banyak kenangan manis di PLKN berbanding kenangan pahit..di PLKN juga saya dapat mengikuti aktiviti luar seperti gotong royong di Pantai Port Dickson, dan di kampun-kampung...dan kenangan yang paling manis bagi saya adalah saya dapat jejakkan kaki saya di Lapang Sasar..iaitu tempat menjalankan aktiviti menembak..dan saya juga berasa seronok kerana di PLKN saya diberi peluang untuk memegang senjata M16 dan menembak dengan menggunakan senjata tersebut..pertama kali saya peganng senjata itu saya rasa berdebar..dan senjata M16 itu sangat berat...sewaktu saya menembak, bunyinya sangat kuat walaupun saya memakai tempat tutup telinga..dan selepas saja saya selesai menembak..pipi saya sakit sangat..dan keesokannya saya dapati pipi saya lebam akibat senjata M16 itu..huhuhu...dan paling tidak boleh lupa apabila saya memasuki pertandingan kawat antara kumpulan..perasaan saya berdebar kerana saya akan berkawat dihadapan ketua kem PLKN PDS Resort...namun, alhamdulillah, walaupun kumpulan CHARLIE tidak dapat tempat pertama..saya bersyukur kami dapat tempat ketiga..alhamdulillah!!!
CHARLIE GAMBATE !!!!
SI RAJA SENGAT !!!
Jurulati-jurulatih di kem PDS Resort juga sangat sporting dan baik...mereka sangat mengambil berat tentang peletih-pelatih di kem terutama berkaitan dengan kesihatan...makcik-makcik di kantin juga baik-baik semuanya...mereka juga memasak makanan yang boleh membuatkan pelatih-pelatih PLKN berselera untuk makan hihihi...dan tempat yang paling para pelatih suka pergi..MEDIK!!!...sebab apa? sebabnya, kalau para pelatih sakit, kemudian mereka pergi ke medik dan medical assistant di situ akan memberi cuti sakit kepada mereka...so, mereka akan dikecualikan daripada mengikuti aktiviti di kem..(termasuk saya sekali hihihihi..) Kesimpulannya, menjadi pelatih PLKN sangat seronok..kita bukan sahaja dapat bertemu dengan ramai kawan dari negeri lain..tetapi kita dapat belajar untuk mendisiplinkan diri kite dan sikap kerjasama antara kumpulan..Dan saya amat bersyukur kepada Allah SWT..kerana telah memilih saya salah seorang daripada WIRAWATI PLKN 2011 di Kem PLKN PDS Resort..!!!
Kenangan Di PLKN akan Saya ingat sampai bila-bila...!!!!
Kemudian, sampai sahaja saya di Kem PLKN PDS Resort...Perasaan saya bercampur baur..ada sedih, gembira, takut dan macam-macam lagi...Saya memikirkan apa yang akan berlaku selama 3 bulan saya di PLKN nanti..Suasana di kem tersebut sangat cantik dan menyamankan...dihadapan Kem tersebut terdapat pantai yang yang sangat cantik...dan dikelilingi pokok-pokok yang sangat indah...selepas itu, saya diberi bilik atau dikenali sebagai dorm..dan saya dapat dorm Gemas 3...selepas saja saya masuk ke dalam dorm dan meletakkan semua barang-barang yang saya bawa dari rumah, saya dan para pelatih yang lain diminta untuk ke bilik stor untuk mengambil kelengkapan pakaian yg akan digunakan sepanjang 3 bulan saya berada di sana...seperti kasut but, kasut sukan, kasut kelas, pakaian loreng, beret, tali pinggang, stokin,tudung dan lain-lain lagi...
Pakaian FULL LORENGDi setiap Program Latihan PLKN ini, terbahagi kepada 4 kumpulan...antaranya ALPHA, BRAVO, CHARLIE, dan DELTA...Saya pula terpilih dalam kumpulan "CHARLIE"...Pertama kali saya dapat kumpulan ini saya saya rasa seronok...kerana nama CHARLIE ini sangat unik dan comel..hihihi...Malah, saya sangat bersyukur kerana nama CHARLIE yang saya katakan sangat unik ini memang betul-betul unik...kerana semua Wira dan Wirawati CHARLIE dalam kumpulan ini sangat-sangat sporting dn kelakar...dan dalam kumpulan CHARLIE juga terdapat beberapa nama yang pelik-pelik seprti Panjang...Popoi...Apek dan macam-macam lagi...Malah, ahli kumpulan CHARLIE lebih ramai daripada kumpulan yang lain-lain...
Keluarga Besar CHARLIE
Di PLKN juga saya telah bertemu 5 orang rakan yang paling saya sayangi...antaranya Aj, Farah, Aima, Hidayah, dan Syiera...mereka juga merupakan roommate saya dalm "Dorm Gemas 3"...Sepanjang di PLKN, kami berenam boleh dikatakan seperti Belangkas..kerana kemana saja kami berenam pergi, pasti kami akan bersama-sama...tidak kira sama ada makan, solat, menjalankan aktiviti dan lain-lain lagi...Namun, selepas 30 Julai 2011 sampai ke hari ini, kami tidak lagi berkesempatan untuk bertemu...sebabnya kami tinggal di jarak yang jauh..seperti 2 orang di Melaka, 3 orang di Negeri Sembilan dan saya seorang tinggal di Selangoor...Saya amat merindui mereka..mudah-mudahan suatu hari nanti dapatlah saya bertemu dengan mereka...huhuhuhu...
Sahabat Selama-lamanya
Hurmm...berbalik kepada cerita gembira di kem PLKN ini...Saya berasa teramat seronok sepanjang menjadi pelatih atau wirawati di PLKN...kerana saya dapat memperoleh banyak manfaat dan pengalaman baru dan banyak kenangan manis...contohnya, saya dapat mengikuti aktiviti lasak seperti berkayak, berakit, tali tinggi, panjat tembok tinggi, tali tinggi(flying fox), berlari berhalangan dan macam-macam lagi...Bagi saya, terlalu banyak kenangan manis di PLKN berbanding kenangan pahit..di PLKN juga saya dapat mengikuti aktiviti luar seperti gotong royong di Pantai Port Dickson, dan di kampun-kampung...dan kenangan yang paling manis bagi saya adalah saya dapat jejakkan kaki saya di Lapang Sasar..iaitu tempat menjalankan aktiviti menembak..dan saya juga berasa seronok kerana di PLKN saya diberi peluang untuk memegang senjata M16 dan menembak dengan menggunakan senjata tersebut..pertama kali saya peganng senjata itu saya rasa berdebar..dan senjata M16 itu sangat berat...sewaktu saya menembak, bunyinya sangat kuat walaupun saya memakai tempat tutup telinga..dan selepas saja saya selesai menembak..pipi saya sakit sangat..dan keesokannya saya dapati pipi saya lebam akibat senjata M16 itu..huhuhu...dan paling tidak boleh lupa apabila saya memasuki pertandingan kawat antara kumpulan..perasaan saya berdebar kerana saya akan berkawat dihadapan ketua kem PLKN PDS Resort...namun, alhamdulillah, walaupun kumpulan CHARLIE tidak dapat tempat pertama..saya bersyukur kami dapat tempat ketiga..alhamdulillah!!!
SI RAJA SENGAT !!!
Jurulati-jurulatih di kem PDS Resort juga sangat sporting dan baik...mereka sangat mengambil berat tentang peletih-pelatih di kem terutama berkaitan dengan kesihatan...makcik-makcik di kantin juga baik-baik semuanya...mereka juga memasak makanan yang boleh membuatkan pelatih-pelatih PLKN berselera untuk makan hihihi...dan tempat yang paling para pelatih suka pergi..MEDIK!!!...sebab apa? sebabnya, kalau para pelatih sakit, kemudian mereka pergi ke medik dan medical assistant di situ akan memberi cuti sakit kepada mereka...so, mereka akan dikecualikan daripada mengikuti aktiviti di kem..(termasuk saya sekali hihihihi..) Kesimpulannya, menjadi pelatih PLKN sangat seronok..kita bukan sahaja dapat bertemu dengan ramai kawan dari negeri lain..tetapi kita dapat belajar untuk mendisiplinkan diri kite dan sikap kerjasama antara kumpulan..Dan saya amat bersyukur kepada Allah SWT..kerana telah memilih saya salah seorang daripada WIRAWATI PLKN 2011 di Kem PLKN PDS Resort..!!!
Kenangan Di PLKN akan Saya ingat sampai bila-bila...!!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)